JIKA ada pengamat politik berkata Gabungan Rakyat Saba (GRS) tidak popular berbanding Umno, Warisan dan Pakatan Harapan (PH), mungkin mereka melihat daripada usia parti, akan tetapi mereka terlepas pandang rakyat tahu kehadirannya.
Sebuah parti kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri dikatakan tidak popular, adalah hujah subjektif, tidak berpandukan pada keadaan sebenar.
Penulis meragui pandangan mereka itu, atas asas, GRS selain menerajui kerajaan juga mempunyai wakil rakyat terbanyak.
Tidak logik apabila mengatakan parti yang teramai wakil rakyat, menerajui kerajaan dikatakan tidak popular, kecuali lah wakil-wakil yang mewakili parti itu tidak memperkenalkan parti pada rakyat di kawasan masing-masing.
Betul parti Umno, Warisan dan PH “popular” kerana dikenali dahulu oleh rakyat, akan tetapi fakta menunjukkan pada PRU-15, GRS menang 6 kerusi parlimen, termasuk merampas kerusi parti lain.
Pada PRU-15, kali pertama GRS bertanding dalam pilihan raya, akan tetapi keputusan jauh lebih baik berbanding Parti Warisan dan PH, dan akan sama jumlah dengan Umno/BN, jika bertanding di Parlimen Beluran.
PRU-15, adalah testimoni, GRS diketahui rakyat. Apa kah parti itu popular atau tidak, sangat bergantung pada jumlah ahli masing-masing parti komponen. Apabila ahli semua parti komponen dijumlahkan, maka terbanyak diantara parti-parti. Takkan, ahli-ahli parti komponen tidak menyokong calon-calon GRS? Dan mereka tidak tahu yang parti masing-masing adalah komponen GRS? Berpandukan pada jumlah keahlian, jelas pandangan sesetengah pengamat politik, tidak tepat, malah, mengelirukan.
Setiap parti komponen, memperkenalkan parti masing-masing adalah komponen GRS, selain itu, pada PRN akan datang menggunakan LOGO GRS untuk bertanding.
Betul GRS adalah parti baru, akan tetapi lebih dipercayai rakyat berbanding Parti UMNO dan Warisan. Umno adalah parti matahari terbenam, walaupun masih dipotretkan oleh pimimpin dan penyokong parti itu, bahawa parti itu masih boleh bangkit. Sementara Parti Warisan, adalah parti ibarat angin berlalu, dan akan terus berlalu.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment