Home » Kerana agenda “lain”, rakyat Sabah berpecah
Politik Sudut Pandangan

Kerana agenda “lain”, rakyat Sabah berpecah

Para pemimpin GRS kena waspada dengan gerakan menggunakan agama untuk melemahkan kesepaduan rakyat, kerana pendekatan sedemikian boleh membantutkan matlamat SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah- GAMBAR HIASAN

KITA semua merasai kesan apabila kita berpecah, kita menjadi lemah, mudah diperkotak katik, akhirnya kekayaan kita di bawah keluar, kita hanya dapat melihatnya di tempat lain.

Malangnya, pada masa sekarang pun, rakyat Sabah berpecah kerana parti, dan masih adanya gerakan menjayakan agenda pihak lain untuk menguasai Sabah.

Antara cara untuk memastikan rakyat Sabah berpecah, pemimpin parti tertentu menggunapakai pendekatan tersembunyi atau tertutup dengan menjadikan agama sebagai fokus untuk modal politik, kerana menurut pendapat mereka menerusi agama kesannya lebih besar berbanding kaum.

Pemimpin dan parti tertentu tersebut fokus pada GRS, dengan propaganda, GRS adalah parti memperkuat kedudukan bukan islam untuk mengulang era PBS.

Pemimpin parti tertentu tersebut menanam sentimen, dengan mengambil contoh, jawatan-jawatan penting samada berkait dengan kerajaan atau syarikat terkait kerajaan, sedang dikuasai rakyat bukan islam.

Propaganda mereka, apabila bukan islam menguasai jawatan-jawatan penting, maka mudah meminggirkan rakyat beragama islam termasuk jawatan Ketua Menteri.

Selain itu, mereka menanam sentimen, bahawa dalam GRS, suara terbanyak tergunapakai untuk jawatan Ketua Menteri atau jawatan penting lainnya, dan apabila kerusi bukan islam lebih banyak berbanding kerusi islam, maka suara terbanyak yang digunakan.

Gerakan menggunakan pendekatan agama secara tidak langsung pernah berlaku semasa awal kemasukan Umno ke Sabah, walaupun kemudiannya berangsur-angsur mereda, namun kerana kemunculan parti GRS yang mewakili rakyat rentas agama dan kaum, dan dilihat diterima rakyat kerana dapat merealisasikan aspirasi dan harapan, maka untuk melemahkan gabungan 8 parti tersebut, maka digunakan pendekatan agama untuk meracuni pemikiran rakyat.

Mengaitkan agama dengan jawatan-jawatan tertentu, sepatutnya tidak timbul, kerana kerjaan hari ini melantik seseorang pada jawatan-jawatan semata-mata berasaskan merit bertujuan agar agensi atau badan berkanun atau syarikat yang diketuai berdaya maju, dapat mencipta pelbagai peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi, untuk memajukan dan membangun negeri.

Para pemimpin GRS kena waspada dengan gerakan menggunakan agama untuk melemahkan kesepaduan rakyat, kerana pendekatan sedemikian boleh membantutkan matlamat SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Apa yang mustahak, setiap rakyat rentas agama dan latar belakang perlu memerkukuh Rumah Kita, Kita Jaga.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment