Kita perlu melihat sesuatu isu itu secara menyeluruh. Buat kajian dan analisa dulu sebelum membuat rumusan atau ‘conclusion’.
Saya setuju Dasar Ekonomi Baharu (DEB) gagal. Walau sudah berjalan sejak 1970. Sekarang sudah tukar ke Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apa pun nama, tujuan sama, cara tapi kalau cara sama tidak berubah, sudah tentu hasilnya juga sama. Berputar-putar di situ juga. Kalau cara DEB sudah 50 tahun dan ubah nama kepada DPN, tentu juga hasilnya sama.. gagal. Saya meneliti dan analisa. Kegagalan adalah kerana dua faktor utama,iaitu sikap bumiputera dan perlaksanaan dasar yang tidak konsisten.
SIKAP BUMIPUTERA
Sikap dan mentaliti majoriti bumiputera masih belum bersedia untuk berniaga atau urus perniagaan.
Berniaga bukan budaya bumiputera berbanding dengan budaya kaum cina yg sudah menjadikan berniaga cara hidup mereka. Majoriti bumiputera adalah mahu jadi pekerja atau makan gaji.
Bumiputera tidak suka berusaha gigih, majoriti mau kerja senang dan mahu pulangan tinggi yang cepat
Majoriti bumiputera malas berusaha mencari ilmu dan malas berusaha cari peluang atau rebut peluang atau tidak cekap membina peluang. Semua memikir mahu diberi terus atau disuapkan atau bahasa Kadayan.. ‘mau diunjuk saja’.
PERLAKSANAAN DASAR YG TIDAK KONSISTEN ATAU TIDAK DIPANTAU
Beberapa dasar atau arahan kerajaan supaya Kontraktor Bumiputera jangan amalkan ,.. “ali baba”, “jangan jual projek”, “jangan cuma ambil komisyen”.. tetapi tetap juga berleluasa malah jadi budaya dan tiada intervensi atau tindakan.
Ada dasar perkongsian pintar( smart partnership) dalam semua peringkat perniagaan supaya bumiputera cepat belajar, tapi akhirnya bumiputera jadi,.. “sleeping partner”. Tidak perlu dihuraikan.
Kenapa dek kekayaan negara, cuma 15-20% dimiliki bumiputera. Itu pun nasib baik ada agensi kerajaan sebagai wakil bumiputera seperti ASB, Khazanah, Yayasan Bumiputera dll. Tapi tetap berkisar 15-20% juga. Ini kerana perkara 3&4 diatas.
…………………………………………..
Kita lihat senario 1:
Syarikat Bumiputera – Mat Sdn Bhd dapat direct award dari kerajaan buat highway baru , katakan RM100juta.
Mat Sdn Bhd sudah mengira untung 15% atau RM15 juta. Tolak duit melobi, urus pejabat.. entertaiment sana sini.. selama 3 tahun, mungkin dpt untung bersih RM8 juta.
Tapi tahap pembinaan lebuhraya ada beberapa peringkat:
i) Site clearance. Runtuh bukit, buat parit, buat jambatan, kalbut dll- Ini perlu berbagai mesin seperti jentolak, hitachi, lori .. adakah syarikat bumiputera yg ada ratusan lori.. utk senangnya bagi sub.- contract kepada Chong Sdn Bhd RM 30juta.. Chong sudah kita untung 50% atau RM15 juta, kerana mesin2 mereka punya.
ii) Buat sub- base dan timbus batu kelikir.. adakah bumiputera yang ada kuari. Akhirnya beri pada Lim Quarry untuk supply batu ..RM20 juta. Lim sudah kira untung 50% RM10juta.
iii) Kemudian mau taruh tar.. perlu pre- mixed plant. Adakah bumiputera ada pre- mixed plant. Akhirnya beri pada Lau Sdn Bhd.. RM20juta . Lau sudah kira untung 40%atau RM8 juta.
iv) Lebuhraya perlu pasang pagar jalan.. adakah pembekal bumiputera.. akhirnya bagi Sim Sdn Bhd RM 10 juta. Sim sudah kira untung 50% atau RM5 juta.
v) Akhir sekali buat garisan putih.. Bagi kepada Christina Lee dgn harga RM5 juta .Christina sudah kita untung 60% atau RM3juta.
Cuba kita analisa..
Dari RM100juta:
Bumiputera Mat dapat – 15 juta
i- Chong – 15 juta
ii- Lim – 10juta
iii- Lau -8juta
iv- Sim- 5juta
v- Christina -3juta
…………….
Total- Non- bumi-RM41juta.
Bumi dpt RM8 juta.
Ringkasnya.. Satu bumiputera jadi jutawan – 5 Cina jutawan dari projek kerajaan RM 100 juta.
Beginilah senario yg berlaku dalam semua jenis projek.
8/41.. 19%.. sebab itu bumiputera dpt share 15-20% sahaja.
*Artikel ini berdasarkan perkongsian Datuk Dr Yusof Yacob di salah satu group perbincangan media sosial . Beliau merupakan ADUN Sindumin dan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.
Add Comment