TAWAU: Kira-kira lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Rumah Terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada Sabtu di sini.
Majlis yang bermula pada jam 8 hingga 11 malam itu diadakan di Wisma Keluarga Titingan di Banyan Drive Tawau dan merupakan acara tahunan bagi meraikan Hari Raya bersama masyarakat di daerah ini.
Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata majlis itu bertujuan mengukuhkan lagi semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
“Saya bersama keluarga sangat gembira dengan kehadiran pengunjung yang datang dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu serta kawasan berhampiran untuk memeriahkan majlis ini,” katanya
Beliau turut menzahirkan rasa gembira melihat kehadiran ribuan pengunjung dan dapat melayani semua tetamu yang hadir.
“Apa yang unik rumah terbuka kami ini ialah kehadiran pelbagai rakan taulan daripada pelbagai faham politik untuk bersama-sama meraikan sambutan hari raya,” katanya.
Nizam turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Menurutnya, dalam tempoh sama pada majlis malam ini beliau menyampaikan sumbangan kepada 100 orang asnaf serta bantuan komputer riba kepada pelajar di sekitar kawasan DUN Apas.
“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada empat penerima peserta mewakili Negeri Sabah ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis,” katanya.
— Hamzah Sanudin
Add Comment