Home » Lebih 6,000 hadir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Kewangan
Berita Tempatan Politik

Lebih 6,000 hadir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Kewangan

KENANGAN: Masidi (tengah), Jonathan (enam kanan) bersama tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan.

RANAU: Lebih 6,000 penduduk dari pelbagai kaum, agama dan ideologi politik menghadiri majlis  sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam,  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin, ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin dan ramai lagi.

Masidi ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran orang ramai ke majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang merupakan acara tahuan keluarganya.

Beliau berharap majlis itu mampu meningkatkan perpaduan, memupuk persaudaran dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment