Apa isu Gasak-17, slogan jentera Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat? Walaupun perkataan GASAK kependekan pada beberapa perkataan iaitu, G=Gempur; A=Ambil Tahu; S=Siap Sedia; A=Aspirasi Bersama; K=Kemenangan Menuju PRN-17, akan tetapi perkataan GASAK adalah bahasa tempatan Sabah yang bermaksud, sapu bersih, tawan, lawan sampai menang, lawan tanpa gentar atau takut.
Penulis yakin, rakyat tempatan Sabah tahu bukan sahaja faham, berkaitan perkataan tersebut, dan biasa digunakan apabila berdepan dengan perlawanan, perebutan, pertandingan, sebagai pemberi semangat untuk terus melawan, dan melawan sehingga menang.
Beberapa pemimpin Umno, antaranya Ketua Penerangan Umno Sabah, Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu, mempersoalkan perkataan tersebut, sambil menyifatkannya tidak memenuhi tatabahasa bahasa melayu.
Apabila pemimpin tidak mempunyai modal politik, maka cuba menggunakan bermacam-macam cara untuk menarik perhatian, tanpa memahami disebalik istilah yang digunakan.
Mudah sahaja, slogan GASAK-17 yang digunakan Jentera Penerangan Gagasan Rakyat, memperkukuh perjuangan parti, Rumah kita, Kita Jaga. Maknanya, tidak perlu penjelasan, bahawa Gagasan Rakyat adalah parti tempatan Sabah, kerana diketahui secara automatik menerusi slogan yang digunakan.
Sebagai tambahan, slogan tersebut membawa erti yang lebih mendalam dan menyeluruh sesuai dengan perkatan-perkatan yang menyusunnya.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment