Maksud Parti dominan, kerajaan yang dibentuk hendaklah berpandukan pada hala tuju parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu SABAH FIRST. Maknanya, pentadbiran kerajaan negeri berpusat di Menara Kinabalu.
Oleh kerana hala tuju GRS adalah demikian, dan sebagai peneraju Kerajaan Sabah, maka akan menentukan bentuk kerjasama dengan parti-parti lain.
Pada hakikatnya, model kerjasama terbaik antara parti-parti adalah kerajaan GRS-PH Plus yang dibentuk pada 10 Januari 2023.
Kerjasama antara parti-parti berlaku atas kehendak masing-masing atau secara sukarela, kemudian dibina keserasian, dan ternyata keserasian itu amat baik, dan didapati sebagai model terbaik untuk maksud kestabilan politik dan kerajaan.
Apabila masing-masing pihak mempunyai matlamat yang sama, maka mudah membangun keserasian, mudah membina kesatuan sebagai satu pasukan.
Terbukti sejak 10 Januari 2023 sehingga kini, tidak timbul sebarang isu atau rungutan antara parti-parti yang terlibat, malah sentiasa bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh.
Kesannya, pencapaian demi pencapaian dilakar, apa kah itu kutipan hasil negeri, pelaburan, nilai perdagangan, juga, inisiatif dan insentif samada untuk tujuan pengembangan ekonomi, membela rakyat berjalan lancar dan teratur.
Mengapa pentadbiaran dan pemerintahan berjalan lancar dan teratur? kerana tiada pihak-pihak yang ada niat jahat, seperti tikam belakang, talam dua muka, mata gergaji, dan tiada niat menumbangkan kerajaan menerusi menarik sokongan.
Persoalan yang ditimbulkan Bendahari Umno Sabah yang juga ADUN Usukan, Datuk Salleh Tun Said, mengapa ada isu kerjasama dengan PH boleh, mengapa dengan BN tidak. Soalan tersebut perlu diajukan pada Kumpulan mereka, kerana Langkah Kinabalu adalah gerakan yang mereka yang buat, kemudiannya kenyataan demi kenyataan daripada Datuk Bung Moktar Radin, tidak akan ada kerjasama dengan GRS. Lagi pun, tidak adanya penekanan, bahawa kerajaan Sabah hendaklah diterajui menurut acuan kerajaan Perpaduan Persekutuan.
Bentuk kerjasama peringkat Persekutuan, hanya di peringkat Persekutuan, manakala di peringkat negeri berasaskan acuan masing-masing.
Cubaan Umno menggunakan acuan kerajaan Persekutuan, tidak terpakai di Sabah, kerana kesan Langkah Kinabalu. Lagi pun, parti-parti yang menerajui kerajaan selepas kegagalan Langkah Kinabalu, telah menemukan model kerjasama terbaik, iaitu kerjasama menang-menang antara kerajaan negeri dan kerjaan Persekutuan.
Adalah merugikan formula yang digunapakai pada hari ini, yang dilihat sebagai “winning formula” diusik untuk memberi laluan formula lain, yang tidak pasti kebaikan atau kelebihannya.
Penulis sangat bersetuju dengan pendirian Ketua Menteri Sabah, bahawa model kerjasama terbaik bagi Sabah adalah untuk meneruskan status quo kerajaan Sabah hari ini, atas sebab, semua pihak menerima, bahawa puncak kuasa terletak di Menara Kinabalu.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment