Home » 134 kes baharu Covid-19 hari ini
Berita Tempatan

134 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 134 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 22 kes berbanding kelmarin (156).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan ini adalah sejajar dengan penurunan kadar positiviti kepada 10.11 peratus (11.89 peratus semalam) dengan bilangan sampel ujian yang hampir sama banyak dengan jumlah sebelum ini.

Katanya, tiga daerah merekodkan jangkitan dua angka iaitu Kota Kinabalu 48 kes (-12), Sandakan 16 kes (+3) dan Papar 14 kes (+6). Dua-belas (12) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu. 

“Untuk rekod, Tongod menjadi “daerah hijau” tunggal di Sabah apabila tidak merekodkan kes baharu selama 14 hari berturut-turut,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sebanyak 132 daripad 134 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.*

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 48 (60)

Sandakan 16 (13)

Papar 14 (8)

Penampang 9 (9)

Tawau 9 (8)

Tuaran 8 (14)

Putatan 6 (16)

Kota Belud 5 (1)

Lahad Datu 5 (9)

Tambunan 5 (0)

Kudat 3 (3)

Kuala Penyu 2 (1)

Semporna 2 (3)

Kota Marudu 1 (5)

Kunak 1 (0)

Beaufort 0 (0)

Beluran 0 (0)

Kalabakan 0 (0)

Keningau 0 (2)

Kinabatangan 0 (0)

Nabawan 0 (1)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (2)

Sipitang 0 (0)

Telupid 0 (0)

Tenom 0 (1)

Tongod 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 30/10/2022)

Kluster Baharu

         Tiada 

wartaoriental