Bernard (tengah) bersama jentera PBS Karanaan yang bersiap sedia memenangkan calon GRS di Ranau
RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karanaan memberi komitmen dan soladariti bagi memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ketua Bahagian PBS N37 Karanaan, Datuk Bernard J Dalinting berkata, dengan kekuatan sokongan seramai 3,000 ahli, beliau dan jenteranya akan memberikn kerjasama yang terbaik bagi memastikan kemenangan calon GRS di sini.
Beliau yang juga mantan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, PBS kawasan Karanaan sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
“Kita juga sebulat suara memberikan sokongan penuh kepada mana-mana bakal calon dari gabungan GRS yang akan bertanding di Parlimen Ranau.
“PBS Karanaan juga bersiap sedia untuk memberikan bantuan dari segi tenaga dan sebagainya semasa kempen diadakan.
“Oleh yang demikian, kita mau menjelaskan bahawa tiada lagi syak wasangka yang wujud di kalangan anggota komponen GRS, kerana PBS Karanaan akan beri kerjasama kepada calon kita nanti,” jelas beliau.
Bernard menambah bahawa sememangnya PBS Karanaan sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan PRU akan menjelang tiba.
“Sebab itulah kita telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambiau yang mana, PBS akan menerajui kawasan ini melalui PDM berkenaan.
“Jadi semua persediaan telah kita rancang dan apabila sampai masanya, kita akan turun padang dan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) akan bantu kita untuk seterusnya memberi kemenangan kepada calon GRS,” kata beliau.
Bernard menambah bahawa ketika ini, PBS di sini mempunyai lebih kurang 3,000 ahli dan beliau menyeru kepada semua Ketua Cawangan di kawasan Karanaan supaya menyeru kepada semua ahli untuk turun mengundi pada 19 November depan.
“Ini termasuklah juga para pengundi baharu yang ramai telah didaftarkan secara automatik.
Kita berharap, dengan adanya kehadiran pengundi-pengundi baharu, terutamanya dalam kalangan muda-mudi, maka ini memberi satu peluang besar untuk calon GRS Ranau mendapat kemenangan yang besar,” kata beliau.
— EDITOR
Add Comment