Home » BN Sabah kekal dalam genggaman pusat
Politik Sudut Pandangan

BN Sabah kekal dalam genggaman pusat

Barisan Nasional.
BERBUIH mulut kumpulan Datuk Bung Moktar Radin, dengan mendakwa Umno Sabah mempunyai autonomi, akan tetapi, apa sahaja keputusan dibuat disanggah atau tidak dipersetujui Datuk Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Menolak pengumuman Ketua Penerangan Umno Sabah berkaitan agihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH), iaitu, BN 40, untuk PH 33, disifatkan oleh Zahid sebagai terlalu awal, adalah cerminan jelas, Umno Sabah TIADA KUASA atau AUTONOMI.
Apabila tiada kuasa atau autonomi, ertinya, kekal di bawa kawalan Zahid atau Umno Pusat.
Keputusan parti pun, masih dikawal, apa tah lagi kerajaan.
Penulis mempunyai “keyakinan” tinggi, Langkah Kinabalu “ditrigger” Zahid, kemudian dilaksanakan kumpulan Bung. Berasaskan kepada tindakan tersebut, pemimpin Umno Sabah, kumpulan Bung, tidak sedar-sedar. Mereka yang telah sedar, telah keluar daripada parti.
Kawalan Zahid terhadap Umno Sabah, perlu menjadi iktibar kepada rakyat Sabah, jika lah by default Umno/BN dapat peluang, puncak kuasa akan seperti berdekad-dekad lalu, berada di Kuala Lumpur/Putrajaya, bukan di Menara Kinabalu.
Kuasa negeri perlu berada di Menara Kinabalu adalah aspirasi dan harapan rakyat yang disambut oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Benar juga, kehendak rakyat Sabah, apabila puncak kuasa di Menara Kinabalu, banyak manfaat yang diperolehi rakyat, berbanding apabila puncak kuasa berada non-jauh di seberang laut.
Dalam tempoh 5 tahun, puncak kuasa di Menara Kinabalu menerusi Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, merenerui Kerajaan GRS-PH Plus, banyak pencapaian yang telah dilakar, menerusi Hala Tuju Kerajaan Negeri, iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0).
Berdekad-dekad lalu, apabila puncak kuasa di Kuala Lumpur/Putrajaya, hak-hak dalam MA63 tidak pernah diberikan, sebaliknya apabila puncak kuasa di Menara Kinabalu, 11 hak-hak Sabah dalam MA63 telah terealisasi.
Antara hak-hak tersebut, adalah geran khas Sabah yang berjumlah RM26.7juta kekal sejak tahun 1974, dan hanya berubah pada tahun 2021, dan kini berjumlah RM600juta.
Pencapaian lain apabila puncak kuasa di Menara Kinabalu, apabila berlaku kolaborasi komersial antara negeri dan Petronas, yang dianggap mustahil di masa lalu. Kesan kepada CSA tersebut, negeri Sabah kini mempunyai syarikat multi-bilion, iaitu SMJ Energy yang ditubuhkan pada tahun 2022, sebagai vehicle company untuk perniagaan komersial minyak dan gas antara kerajaan negeri dan Petronas.
Atas sebab itu, pada PRN-17 Sabah, rakyat Sabah jangan menoleh lagi, apa jua pendekatan atau strategi Umno/BN, kerana pengakhirannya, menolak aspirasi dan harapan rakyat Sabah, iaitu, puncak kuasa negeri, berada di Menara Kinabalu.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Giulietta Capulet

Add Comment

Click here to post a comment