KEHADIRAN Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bermisi memperkukuhkan gabungan.
Menjelang PRN-17 Sabah, Jentera Penerangan parti tersebut melancarkan GASAK-17, iaitu Gempur, Ambil Tahu, Siap Sedia, Aspirasi Rakyat, Menuju Kemenangan PRN-17.
Menerusi GASAK=17, jentera penerangan parti menjawab, menepis fitnah, pembohongan dan putar belit pembangkang, ambil tahu isu-isu atau masalah-masalah rakyat untuk diambil tindakan dan disantuni, menerangkan tindakan-tindakan kerajaan merealisasikan aspirasi rakyat, dan mengharapkan rakyat memberi penilaian positif dan seterusnya memberi sokongan dan mandat pada GRS untuk meneruskan Kerajaan Sabah, dan kekalkan puncak kuasa di Menara Kinabalu.
Gagasan Rakyat tidak hadir sebagai abang besar, melainkan bergerak bersama parti dalam gabungan sebagai satu pasukan.
Jika parti diberikan kerusi lebih banyak berbanding komponen lain, kerana kedudukan parti tersebut yang ramai sebagai penyandang, selain taburan berasaskan tiga elemen serangkai calon-etnik/suku-kawasan.
Pun demikian, Gagasan Rakyat tidak akan dapat menterjemahkan pencalonan kepada kerusi tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan parti, kerana hakikat, setiap undi adalah penentu.
Dalam pilihan raya, satu undi pun boleh menjadi penentu kemenangan, atas asas itu, Gagasan Rakyat menaruh harap pada setiap ahli, penyokong rakan-rakan parti.
Secara kebetulan Presiden Gagasan Rakyat juga Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri. Pun demikian, tanpa sokongan padu daripada semua pihak, kedudukan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.
Pada PRN-17, parti pembangkang menggunakan pendekatan, ASAL BUKAN HAJIJI, ASAL BUKAN GRS, maknanya, parti-parti pembangkang mahukan Ketua Menteri kalah bersama parti yang diterajui.
Pembangkang berpakat, isu Ketua Menteri, ketepikan dahulu, yang penting, kalahkan GRS.
Parti yang mempunyai hasrat besar mengalahkan GRS dan menafikan agar Hajiji tidak menjadi Ketua Menteri adalah Parti Warisan dan Umno/BN kumpulan Datuk Bung Moktar Radin.
Walaupun Parti Warisan dan Umno/BN kumpulan Bung mempunyai hasrat sama, akan tetapi berbeza tujuan, Parti Warisan seperti juga GRS, mahu mengekalkan puncak kuasa di Menara Kinabalu, manakala Umno/BN di Putrajaya atau Kuala Lumpur.
Kelemahan Parti Warisan, kerana telah terbukti apabila ada kuasa, para pemimpin parti yang menerajui kerajaan, tiada hala tuju, melainkan seperti kera mendapat bunga, jika bertindak pun seperti tikus membaiki labu.
Maka sesuai dengan aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang mahu puncak kuasa di Menara Kinabalu, maka perlu menyokong GRS yang bertindak menyambut dan menterjemahkan kehendak rakyat Sabah.
Jelas, dengan konsep Rumah Kita, Kita Jaga, aspirasi dan harapan rakyat terjamin.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment