Home » Pasca PRU15: DAP mohon maaf kepada Kerajaan, rakyat Sarawak – Anthony Loke
Berita Dalam Negara Politik

Pasca PRU15: DAP mohon maaf kepada Kerajaan, rakyat Sarawak – Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan dan rakyat Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook menyampaikan perkara tersebut apabila mengunjungi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kuching, pada Khamis.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra, saya telah memaklumkan kepada Premier (Abang Johari) bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

-astroawani

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment