Anwar sebelum ini juga mengumumkan tidak akan mengambil gaji dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya. – Gambar fail/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.
“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya.
“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar sebelum ini juga mengumumkan tidak akan mengambil gaji dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.
Jelasnya, ini kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.
— AWANI
Add Comment