Home » Lebih 1,800 penerbangan ditunda pada Ahad di Amerika Syarikat
Berita Am Berita Luar Negara

Lebih 1,800 penerbangan ditunda pada Ahad di Amerika Syarikat

Data FlightAware menunjukkan sehingga Ahad petang sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbang keluar dan masuk. – Gambar hiasan FREEPICK

WASHINGTON: Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda pada Ahad berikutan cuaca buruk.

Data FlightAware menunjukkan sehingga Ahad petang sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbang keluar dan masuk, menurut United Press International (UPI).

Ahad selepas perayaan Thanksgiving menjadi satu daripada hari paling sibuk dalam setahun.

Terdapat 2,268,189 pengembara mendaftar masuk ke pusat pemeriksaan Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan pada Sabtu, lebih ramai berbanding 2019 dan sebelum pandemik COVID-19.

Jumlah pengembara pada Jumaat seramai 1,980,837 juga melepasi angka yang dicatatkan pada 2019.

Sistem cuaca meramalkan bahawa ribut sedang bergerak dari wilayah Sungai Mississippi ke timur laut hingga Ahad, mencetuskan hujan lebat dan angin kencang.

“… rancang perjalanan lebih awal dan tiba lebih awal jika anda melancong semasa tempoh percutian #Thanksgiving,” kata pegawai Lapangan Terbang LaGuardia di New York City menerusi Twitter.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan dijangkakan terdapat 46,790 penerbangan pada Ahad. – BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment