Home » Sekatan COVID-19: Grand Prix China 2023 dibatalkan
Berita Luar Negara Sukan

Sekatan COVID-19: Grand Prix China 2023 dibatalkan

Penganjuran Grand Prix China 2023 dibatalkan berikutan sekatan COVID-19. – Foto REUTERS

ANKARA: Penganjuran Grand Prix China 2023 dibatalkan berikutan sekatan COVID-19 di negara itu, lapor Agensi Anadolu memetik Formula 1 (F1) pada Jumaat.

“Susulan dialog dengan penganjur dan pihak berkuasa yang berkaitan, F1 mengesahkan bahawa Grand Prix China 2023 tidak akan diadakan disebabkan situasi COVID-19,” menurut kenyataan penganjur.

F1 sedang mencari “pilihan alternatif untuk menggantikan slot pada kalendar 2023”.

Acara itu dijadualkan pada 16 April dan kali terakhir diadakan pada 2019 di Shanghai sebelum pandemik melanda.

China telah mengenakan sekatan ketat kerana dasar “sifar COVID” Presiden Xi Jinping.

Selepas protes baru-baru ini terhadap langkah sekatan pergerakan, pihak berkuasa memberi bayangan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan. — BERNAMA

AWANI