Home » MOU paksa MP undi usul percaya pada Anwar adalah haram, tidak berperlembagaan
Politik Sudut Pandangan

MOU paksa MP undi usul percaya pada Anwar adalah haram, tidak berperlembagaan

"Kami sentiasa akan menyokong sebarang ikjhtiar untuk memastikan wujud kerajaan yang stabil, tetapi tidak dengan cara membelakangi perlembagaan dan undang-undang."- Mas Ermieyati Samsudin

MOU yang memaksa Ahli Parlimen undi Usul Kepercayaan untuk PM Anwar Ibrahim atau Kerajaan PH-BN adalah haram, tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan diktator.

Pada 16hb Disember 2022, parti politik yang membentuk kerajaan PH-BN telah secara umum menandatandangani suatu MOU. Klausa 4 MOU tersebut menyatakan kesemua ahli parlimen wajib menyokong PM dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN. Menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana ahli parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.

Kami sentiasa akan menyokong sebarang ikjhtiar untuk memastikan wujud kerajaan yang stabil, tetapi tidak dengan cara membelakangi perlembagaan dan undang-undang.

Perjanjian ini adalah haram, tidak berpelembagaan, merbahaya dan tidak boleh diperkuatkuasakan. Artkel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara ahli parlimen mengundi. Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A. Ianya hanya menrangkumi situasi di mana seseorang ahli parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya.

Jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang perlembagaan mengenai peruntukan Larangan Ahli Dewa Rakyat bertukar Parti yang telah menyatakan pada 18 Julai 2022 bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A. Ini boleh didapati di dalam perenggan 21.4 Laporan jawatankuasa piilhan tersebut.

Tidak mungkin Anwar dan pimpinan Umno tidak tahu berkenaan laporan jawatankuasa bipartisan ini. Jelas, mereka secara tidak jujur memilih untuk mengendahkannya dalam satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan mengugut ahli parlimen mereka sendiri untuk menurut kehendak parti, walaupun ianya membawa kepada kemudaratan terhadap demokrasi berparlimen.

Perlembagaan Persekutuan serta laporan jawatankuasa pilihan ini adalah jelas. Anwar dan parti -parti kerajaan tidak boleh bergantung kepada Artikel 49A untuk ugut ahli parlimen untuk mengundi bagi menyokong Anwar sebagai PM pada Disember 19 atau lepas itu dalam mana-mana rang undang-undang atau perkara yang berkaitan dengan kepercayaan.

Perlembagaan persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada mana-mana ahli parlimen yang telah dipilih untuk mengundi sebagaimana beliau rasa betul demi kepentingan pengundi beliau. Ini juga jelas dari keputusan dalam kes Mahkamah Agung Datuk Ong Kee Hui v Sinyium Anak Mutit (1983) 1MLJ 36. Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MOU terhadap ahli parlimen dari parti-parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala diktator.

Despotisme jenis baru ini tidak pernah disaksikan sebelum ini didalam sejarah politik atau parlimen Malaysia. Pemaksaan ahli parlimen untuk mengundi menurut arahan adalah sama seperti dalam system di Korea Utara, atau Negara China. Ianya tiada tempat dalam system demokratik Malaysia. MOU yang dijana oleh Anwar Ibrahim dan PH-BN ini akan disemadikan selamanya sebagai titik hitam di dalam sejarah negara dan tindakan subversif terhadap demkorasi berparlimen serta struktur asas perlembagaan.

Kami menyeru semua ahli dewan rakyat dari parti kerajaan untuk tidak rasa takut dalam menjalankan tanggungjawab mereka semata-mata kerana kewujudan perjanjian haram ini. Menurut Artikel 49A, kamu tidak akan hilang kerusi semata-mata kerana mengundi berdasarkan pertimbangan sendiri. Kami menyeru juga kesemua ahli parlimen untuk mengundi menurut apa yang benar dan baik untuk negara ini dan rakayat, serta berdasarkan nurani (conscience).

Ini adalah satu ancaman yang paling merbahaya terhadap demokrasi Malaysia sejak kebelakangan ini, dan kami berharap kesemua ahli parlimen akan membuat satu pendirian yang berani terhadap despotisme baru ini.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang kali.

*Mas Ermieyati Samsudin merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Naib Ketua Srikandi BERSATU Malaysia. Tulisan Ini adalah pandangan beliau dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Sabah Baru News.

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment