PETALING JAYA: Petronas akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas Sabah kepada negeri itu, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Katanya, Jemaah Menteri bersetuju kuasa kawal selia ke atas bekalan gas Sabah patut dipindahkan dari Putrajaya melalui Petronas kepada kerajaan negeri.
“Ini telah dilakukan di Sarawak, dan sekrang ia (sumber gas Sabah) akan dipindahkan kepada kerajaan Sabah,” katanya dalam sidang media.
Anwar berkata ia akan dilaksana selepas terima izin Agong.
“Kelulusan Jemaah Menteri telahpun diperakui hari ini.”
Perkembangan ini antara beberapa isu besar yang diluluskan Jemaah Menteri, selepas Anwar mengarahkan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan dalam tempoh sebulan.
Anwar berkata Jemaah Menteri akan mengumumkan beberapa kemajuan, bagaimanapun hal melibatkan perundangan akan perlu dibawa ke Parlimen.
“Ada hal lain yang melibatkan perundangan dan pindaan undang-undang itu terpaksa ditangguh sehingga sidang Parlimen, tapi beberapa isu besar kita (Jemaah Menteri) dapat luluskan.”
— EDITOR
Add Comment