Home » Hubungan keluarga yang baik antara faktor kejayaan dalam hidup- Maijol
Berita Tempatan Politik

Hubungan keluarga yang baik antara faktor kejayaan dalam hidup- Maijol

Maijol berkata Hari keluarga seperti ini boleh menjadi titik permulaan atau ia boleh menjadi pemangkin kepada penyelesaian kepada konflik kekeluargaan.

BANDAU- Hari Keluarga Aki Sumbiling menghimpunkan seramai 300 orang ahli keluarga yang diadakan pada Sabtu di Astaka Padang Kota Marudu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa majlis hari keluarga akan mengeratkan dan menyatukan seluruh keluarga besar.

“Apabila satu keluarga itu sudah berkembang menjadi keluarga besar, maka tidak hairan kalau ada yang tidak mengenali saudara sendiri. Apa tak lagi kalau ada yang tinggal jauh.

“Hari keluarga adalah baik untuk kita membaharui perkenalan dan kemesraan antara ahli-ahli keluarga”, kata Maijol.

Menurut beliau lagi, konflik kekeluargaan sememangnya tidak boleh dielakkan. Dalam mana-mana keluarga, konflik kekeluargaan pasti timbul. Namun konflik kekeluargaan tidak boleh dibiarkan, suka atau tidak ia harus diselesaikan.

“Hari keluarga seperti ini boleh menjadi titik permulaan atau ia boleh menjadi pemangkin kepada penyelesaian kepada konflik kekeluargaan. Saya tidak mengatakan keluarga Aki Sumbiling menghadapi konflik kekeluargaan. Saya hanya menyatakan secara am kebaikan hari keluarga seperti ini kepada seluruh keluarga besar.

“Apabila kita dikelilingi oleh keluarga yang positif maka setiap ahli mempunyai potensi dan cenderung untuk menyokong ahli keluarga yang lain untuk berjaya. Dalam satu kajian yang dibuat, yang melibatkan ribuan anak muda, mereka menyatakan bahawa hubungan keluarga yang baik adalah antara faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam hidup”, kata Maijol lagi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat.

Turut hadir adalah Muji Ampau Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA), dan Roslia Bagaton Pengerusi Penganjur.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment