Home » Kartel dadah Sabah: Bekas anggota polis antara lapan diburu
Berita Tempatan Jenayah

Kartel dadah Sabah: Bekas anggota polis antara lapan diburu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu lapan ahli sindiket kartel dadah Sabah yang masih bebas termasuk seorang bekas anggota pasukan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu tersebut dikenal pasti sebagai Haibil Kiraman (Haibil), 48, merupakan bekas anggota polis yang kali terakhir dilihat di Tawau, Sahairul Din Sabudin (Bantayan), 37 dan Absar Musa (Absar) 37.

Katanya, lima lagi individu yang terdiri daripada empat rakyat Filipina dan seorang wanita Indonesia dikenal pasti sebagai Hasan Syamsuddin (Nas Botak), Joel Edwin (Dedek), Muhammad Sing Harun Musa( Thambi), Manan Ungok(Mike) dan Rohani Mohd. Yunus (Karisa).

“Kesemua individu itu dipercayai terlibat dalam sindiket dadah, Geng Upik dan kali terakhir dilihat di sekitar Sabah.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan lapan suspek diburu ini diminta menyalurkan kepada balai polis berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Ayob berkata, tiga lagi ahli sindiket tersebut termasuk seorang wanita yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah Geng Upik akan dituduh di mahkamah pada 1 Mac ini.

-kosmo