Home » Tiada istilah “kerajaan rampas tanah rakyat”
Politik Sudut Pandangan

Tiada istilah “kerajaan rampas tanah rakyat”

Demi menghormati penduduk asal, kerajaan mengiktiraf tanah adat atau Native customary Right (NCR). Pun demikian tidak semestinya kawasan-kawasan sedemikian mesti diberikan pada rakyat kerana pertimbangan perhutanan, tadahan air, alam sekitar berkaitan flora dan fauna, binatang liar yang terancam juga sebagai hutan simpan dilindungi.

JIKA ada pihak-pihk tertentu menggunapakai istilah kerajaan rampas tanah rakyat, ianya satu penipuan, atas sebab semua tanah adalah milik kerajaan atau negeri.

Perkara betul adalah kerajaan atau negeri memberikan tanah pada rakyat samada untuk tujuan perkampungan, pertanian atau peladangan.

Demi menghormati penduduk asal, kerajaan mengiktiraf tanah adat atau Native customary Right (NCR). Pun demikian tidak semestinya kawasan-kawasan sedemikian mesti diberikan pada rakyat kerana pertimbangan perhutanan, tadahan air, alam sekitar berkaitan flora dan fauna, binatang liar yang terancam juga sebagai hutan simpan dilindungi.

Kerajaan sedar, adanya pertambahan jumlah penduduk, atas sebab itu keperluan akan tanah juga meningkat.

Kerana mempertimbangkan akan keperluan rakyat, maka kerajaan membuat ketetapan, kawasan-kawasan yang boleh diberikan pada rakyat secara kekal samada untuk keperluan pertanian/peladangan juga untuk perkampungan.

Tidak jarang bagi kerajaan kawasan-kawasan tertentu yang termasuk dalam kawasan hutan simpan ditukar untuk kawasan perkampungan. Menerusi tindakan demikian dengan sendirinya menjawab dakyah pihak tertentu kononnya kerajaan rampas tanah rakyat, sedangkan yang berlaku sebaliknya.

Pada selesa di DUN Sabah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan yang juga ADUN Apas memberi tahu dewan bahawa dakwaan pihak-pihak tertentu berkaitan kerajaan merampas tanah rakyat adalah suatu yang tidak masuk akal atas sebab sejak tahun 2020 hingga Mac 2024, kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU negeri Sabah) telah menyediakan 16,760 Geran Deraf NT/FR. Di samping itu, sebanyak 223 buah kampung dengan keluasan 4,834.348 hektar (11,945.9 ekar dan sebanyak 11 kawasan penempatan dengan keluasan 271 hektar (670.5 ekar) telah diwartakan di seluruh Sabah.

Dengan data keluasan tanah yang diberikan kerajaan pada rakyat, menunjukkan dakwaan-dakwaan kononnya kerajaan merampas tanah rakyat selain satu penipuan juga fitnah kepada kerajaan.

Kerajaan Sabah hari ini bukan sahaja prihatin pada kehidupan rakyat juga fokus dan berusaha untuk membela rakyat termasuk berkaitan tanah NCR dan pemberimilikan tanah anak negeri sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan taraf kehidupan untuk menoktahkan insiden kemiskinan.

Pada hakikatnya pihak-pihak tertentu yang membangkang kerajaan tiada modal untuk tujuan politik sebab itu memilih penipuan dan fitnah untuk mengabui mata rakyat, supaya rakyat menyokong mereka.

Apabila diteliti ucapan-ucapan pemimpin yang membangkang kerajaan termasuk lah Presiden Parti Warisan, Datuk Shafie Apdal, Pengerusi Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, hujah-hujah mereka adalah dolak dalik, kerana apa yang mereka perkatakan sebelum ini mereka putar belit, sedangkan rakaman-rakaman hujah-hujah mereka jelas dan masih segar.

Kerajaan hari ini perlu terus memberi info sebenar kepada rakyat supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah berunsur penipuan dan fitnah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .