Home » UMNO gagal berubah-punca penolakan
Berita Tempatan Politik

UMNO gagal berubah-punca penolakan

Parti itu gagal menterjemahkan punca penolakan rakyat, apabila menggunakan naratif yang sama, naratif sejak ianya ditubuhkan, sedangkan era sudah berubah, dan pada masa sama terdapatnya parti yang sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat.

PARTI Umno sedikit masa lagi menjadi parti nostalgia dan akan diketahui peranan dan sumbangannya kepada rakyat, agama dan negara apabila digoogle.

Tahun 2018 atau menerusi PRU-14 menjadi ‘turning point” bagi parti itu daripada parti pilihan kepada bukan dan berterusan pada PRU-15 dan semakin teruk pada PRN2023 bagi enam negeri di Semenanjung.

Pada PRN2023, daripada 108 kerusi yang ditandingi parti itu, 100 peratus dikawasan kaum melayu, hanya menang 19 kerusi (17.5%), dan julungkalinya kosong kerusi di Kedah dan Terengganu, negeri “the heartland of Malays”.

Di negeri-negeri sepatutnya parti itu kekal dengan sokongan akan tetapi ditolak, dan keadaan itu menjadi semakin pelik, jika negeri seperti Sabah yang mana rakyat negeri itu tiada hubungan nostalgia akan tetapi menurut pemimpin parti itu kekal dengan sokongan dan cukup yakin akan mendapat mandat pada PRN-17 Sabah akan datang.

Parti itu gagal menterjemahkan punca penolakan rakyat, apabila menggunakan naratif yang sama, naratif sejak ianya ditubuhkan, sedangkan era sudah berubah, dan pada masa sama terdapatnya parti yang sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat.

Rakyat masa kini, tidak lagi bergantung pada nostalgia melainkan pada keadaan sebenar sesuai dengan zaman.

Di Sabah ketika ini, ada Gagasan Rakyat komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja mewakili aspirasi dan kehendak rakyat akan tetapi menjadi asas dan misi perjuangannya.

Pemimpin suatu masa lalu menjadi tunjang/pengerak Umno di Sabah kini sebahagian besarnya bersama Gagasan Rakyat atau GRS, puncanya kerana mereka mengikut perubahan era dan zaman, tidak lagi tertakluk dengan naratif yang sama yang tidak sesuai dengan perubahan dalam negara atau negeri.

Kehadiran pengundi baharu atau generasi muda, sesebuah parti perlu menyesuaikan diri bukannya sebaliknya jika berhasrat mendapat sokongan. Perubahan ini lah yang digagal diterjemahkan oleh pemimpin Umno dan kesanya parti itu semakin ditolak sepertimana dibuktikan pada PRN2023.

Bagi Umno sudah terlambat berubah, jika pun mula berubah, parti lain jauh ke hadapan, akhirnya apapun tindakan parti itu akan kembali pada “square one” tidak memberi kesan untuk kebangkitan.

Bukan mudah sebuah parti besar bangkit semula, apatah lagi parti itu dipimpin pemimpin yang sama, pemimpin yang ditolak rakyat.

Contoh kegagalan pemimpin parti itu menterjemahkan isyarat rakyat apabila melantik setiausaha agung yang berkali-kali ditolak rakyat. Bagaimana kah seseorang yang tidak mendapat keyakinan daripada rakyat mengemudi untuk suatu kebangkitan!!!! Tepuk dada tanya selera.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment