Home » Warisan sudah diberi peluang memerintah, namun gagal majukan Sabah: Anna Bell
Berita Tempatan Politik

Warisan sudah diberi peluang memerintah, namun gagal majukan Sabah: Anna Bell

Anna Bell berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

KOTA KINABALU : Parti Warisan telah diberi peluang memerintah dan majukan negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Senator Anna Bell Perian.

Katanya, banyak projek-projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan semasa pentadbiran mereka.

Anna Bell berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan ini.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana sudah tentu Warisan mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pilihanraya yang semakin dekat ini memberikan mereka (Warisan) tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan negeri Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” tegasnya.

Sebaliknya, Anna Bell berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga,” ujarnya.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment