Home » Pemimpin tin kosong, seperti kera mendapat bunga
Politik Sudut Pandangan

Pemimpin tin kosong, seperti kera mendapat bunga

APABILA parti Warisan merampas kerajaan menerusi bantuan pintu belakang pada Mei 2018, akhirnya terdedah bahawa rata-rata pemimpin parti itu seperti tin kosong dan seperti kera mendapat bunga.

Oleh kerana 31 wakil rakyat lain melihat keadaan itu, maka pada julai 2020 mereka menarik sokongan memaksa Datuk Shafie meletakan jawatan, akan tetapi enggan berbuat demikian sebaliknya menasihati TYT untuk membubarkan DUN untuk dilaksanakan PRN-16 Sabah mengejut.

PRN-16 diadakan pada September 2020. Pada PRN itu rakyat juga selari dengan pendirian 31 ADUN yang menarik sokongan, dan Shafie bersama parti beliau walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan gagal mendapat kerusi yang mencukupi dan seterusnya gagal mempertahankan jawatan Ketua Menteri.

Para ADUN yang menarik sokongan, walaupun sebahagian tidak menyertai pilihan raya telah diberi mandat oleh rakyat secara kolektif, dan seterusnya membentuk kerajaan GRS Sabah, kemudiannya bertukar kepada kerajaan GRS-BN Sabah apabila GRS didaftarkan sebagai parti.

Pada 10 Januari 2023, sekali lagi kerajaan bertukar nama kepada kerajaan GRS-PH Plus apabila sebahagian ADUN Umno yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin keluar daripada kerajaan untuk bekerjasama dengan Datuk Shafie merampas kerajaan negeri.

Apa yang menarik daripada dua keadaan yang berbeza ini, akan tetapi mempunyai profile yang sama, atas sebab kumpulan Shafie dan Bung, sama-sama berkategori pemimpin tin kosong dan kera mendapat bunga.

Jika kumpulan Bung tidak menarik atau tidak keluar daripada kerajaan, maka kerajaan akan terbeban dengan pemimpin biawak hidup malah boleh menyebabkan rakyat menolak.

Apabila Ketua Wanita Warisan mengelurkan kenyataan bahawa parti beliau akan mendapat sokongan rakyat pada PRN-17, membawa erti, bahawa pemimpin itu bukan sahaja tidak memahami sentimen rakyat akan tetapi gagal mengukur baju di badan sendiri.

Apa kah ketua wanita Warisan itu tidak sedar atau lupa ketika mana Parti Warisan menerajui kerajaan dan Presiden parti itu Ketua Menteri, pada masa itu lah rakyat menolak.

Argumentasi apa digunakan ketika mana Parti Warisan tiada kuasa, Presiden bukan Ketua Menteri rakyat boleh menyokong, sedangkan rakyat mempunyai kerajaan dan pemimpin yang mengerti aspirasi dan kehendak rakyat.

Rakyat Sabah pada masa sekarang dan seterusnya mengertai apa erti parti seperti rumah sendiri. Parti yang membawa misi rumah kita, kita jaga adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS mempunyai pendekatan yang serupa seperti Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) yang berorentasikan parti tempatan atau lokal.

Rakyat Sabah menyedari, tiada mana-mana parti boleh membela nasib rakyat melainkan menerusi parti dan pemimpin sendiri. Bukan itu sahaja, para pemimpin yang memimpin gabungan itu adalah para pemimpin yang menjiwai hati nurani rakyat, selain kuat bekerja demi rakyat dan negeri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment