Home » Juliah santuni kanak-kanak istimewa PPDK Tuaran
Berita Tempatan Politik

Juliah santuni kanak-kanak istimewa PPDK Tuaran

MESRA: Juliah ketika menyantuni kanak-kanak istimewa pada majlis berkenaan.

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyantuni kanak-kanak istimewa sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran di Kampung Batangan, pada Rabu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diiringi oleh Isteri Timbalan Ketua Menteri, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri dan Datin Hajah Lenny Natasha Tan Sri Musa.

Selain itu, Juliah yang juga penaung pertubuhan itu turut menyampaikan ‘Duit Raya’ kepada semua pelatih PPDK Tuaran.

Antara pengisian majlis itu adalah persembahan daripada pelatih PPDK, persembaham ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.

PPDK Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 2010, kini mempunyai seramai 85 pelatih orang kurang upaya (OKU) berumur diantara 2 tahun hingga 40 tahun dari sekitar kawasan Tuaran.

— TAMAT