Home » Gagasan Rakyat Sindumin adakan Bengkel Pemantapan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat Sindumin adakan Bengkel Pemantapan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi

SAMPAIKAN: Nurfasiha menyampaikan cenderahati kepada Yusof sempena perasmian penangguhan Bengkel Pemantapan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi yang dianjurkan Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin.

SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi bermula Jumaat hingga Sabtu lepas.

Bengkel yang dilangsungkan selama dua hari itu telah diadakan di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah Sipitang yang dirasmikan penangguhannya oleh Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.


Pengerusi Pelaksana Bengkel yang juga Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin Nurfasiha Masri berkata, penganjuran bengkel itu berjaya apabila dihadiri kira-kira 428 orang.

“Program kali ini sangat berjaya kerana dihadiri Ketua Cawangan, Ketua Sayap Cawangan, Setiausaha Cawangan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian dan juga AJK Sayap Bahagian Sindumin.


“Sempena bengkel ini kita telah menjemput Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim bagi memberikan ceramah dalam slot Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


“Turut sama memberikan ceramah dalam bengkel yang kita adakan kali ini ialah Halil Ruffli, Pegawai Kerja Penerangan Gagasan Rakyat untuk ‘Slot Penerangan’ dan Mohd Kassim Ali Yusof iaitu Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin untuk Slot Kesimpulan Bengkel, selaku Ketua Fasilitator, ” katanya.


Turut hadir semasa perasmian penangguhan bengkel, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin, Datuk Ir Mustapa Kassim.

TAMAT