Home » Lelaki parah kenderaan terbabas sendiri langgar pokok kelapa sawit di Tenom
Berita Tempatan

Lelaki parah kenderaan terbabas sendiri langgar pokok kelapa sawit di Tenom

Keadaan kenderaan yang terbabas sendiri di Tenom.

TENOM: Seorang lelaki berusia 63 tahun cedera parah apabila kenderaan jenis Nissan Navara dipandunya terbabas sendiri dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Kampung Makaniton, di sini, awal pagi ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.23 pagi menerusi talian MERS 999.

Sepasukan anggota bersama jentera, diketuai Pegawai Operasi, PBKII Mohamad Herryzan Epui Ridzuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian 14 kilometer dari BBP.

Setiba di lokasi, didapati mangsa mengalami kecederaan tersepit tangan tetapi berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. 

Mangsa yang patah tangan diserahkan kepada pihak ambulans KKM dan dibawa ke Hospital Tenom untuk mendapat rawatan susulan. 

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 5.20 pagi.

wartaoriental