Home » PUSPANITA KUSKOP lakukan kunjungan hormat kepada Datin Connie
Berita Tempatan Politik

PUSPANITA KUSKOP lakukan kunjungan hormat kepada Datin Connie

Rakaman gambar kenangan dibuat selepas kunjungan hormat dilakukan.

KOTA KINABALU: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan kunjungan hormat kepada penaung baharu, Datin Connie Parantis.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusinya Nora Mohd Ali bersama ahli-ahli jawatankuasa PCKUSKOP.


Turut sama hadir ialah Penasihat merangkap Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.


Dalam kunjungan tersebut, Connie dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini. 

Connie (kanan) menerima cenderahati daripada Suriani.


Beliau turut menyatakan komitmen dan sokongan padu ke atas PCKUSKOP termasuk menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kelak.

— Yap Siong Han