Home » Justifikasi menyokong GRS
Politik Sudut Pandangan

Justifikasi menyokong GRS

GRS merupakan gabungan parti politik yang mempunyai komponen parti terbanyak di Malaysia dengan memiliki 7 parti tempatan dalam gabungan itu.

JUSTIFIKASI menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) antara lain kerana parti gabungan itu dipimpin oleh para pemimpin yang “diehard” untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Sangat jelas apabila misi atau perjuangan gabungan itu berpaksikan RUMAH KITA, KITA JAGA, kemudiannya pendekatan yang diambil menerusi Sabahfirst, Sabahforwad, Sabahprosper, Sabahunited demi SAYANGI SABAH.

Ungkapan wakil rakyat gabungan itu pada setiap Sidang DUN Sabah, “baik yang berada disebelah sini, mahupun yang berada disebelah sana” perlu berganding bahu untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negeri.

“Kita boleh berbeza pendapat berkaitan strategi memajukan dan membangun negeri” akan tetapi setiap kita perlu mempunyai destinasi yang sama, itu memelihara hak-hak rakyat dan negeri.

“Kita semua perlu menyatakan sesuatu yang benar dan betul itu, benar dan betul” “jangan putar belit fakta sebenar dengan suatu yang tidak berasas”.

“Kita semua perlu mengambil iktibar dalam tempoh setengah abad, kerana perbalahan sesama kita” kita sendiri yang terpaksa menghadapinya. Malah ada diantara sesama kita menunding jari, tidak sedar satu jari mengarah ke orang lain, 4 jari mengarah ke muka sendiri.

Kita masih berhadapan dengan kemudahan asas yang masih daif, infra samada berkaitan pendidikan, kesihatan yang tidak sepatutnya kita hadapi jika mengambilkira tempoh masa kita merdeka, hasil mahsyul negeri yang telah dilapah.

Jarang berlaku di masa lalu, apabila pemimpin kerajaan mendedahkan kesulitan berurusan dengan Kerajaan Persekutuan, akan tetapi pada era kerajaan Sabah hari ini, kesulitan itu didedahkan malah menjadi rekod hansard Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kesungguhan, komitmen pemimpin kerajaan, tanpa mengenal gentar dan takut, mendedahkan apa yang perlu didedahkan bukan bermaksud mencari alasan, tetapi menjelaskan apa yang berlaku.

Berhadapan dengan kesulitan itu, jelas menerangkan mengapa kemajuan dan pembangunan negeri terbantut, ketinggalan. Untuk menangani masalah ini, pemimpin negeri tiada pilihan lain selain mengatur strategi sendiri, mengatur diri, untuk memajukan dan membangun negeri, akan tetapi pada masa sama tetap komited mendapatkan hak-hak negeri seperti mana terbutir dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Benar lah misi RUMAH KITA, KITA JAGA, kerana lebih setengah abad kita berkongsi dengan tetamu, yang kononya datang bertamu untuk membantu, akan tetapi berkesudahan apa keadaan yang kita hadapi sekarang.

Fikiran kita diracuni dengan panggilan “Fixed Deposit”, dan tanpa kita sedari, ianya tindakan untuk memandulkan fikiran kita, dan kesanya di antara kita sangat lambat tersedar daripada lamunan.

Kehadiran GRS adalah manifestasi atas kesedaran, dan kerana itu, peluang yang ada jangan disiasiakan sebaliknya terus didokong, disokong dan kita semua perlu berdiri teguh mempertahankannya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .