RAKYAT Sabah mempunyai pengalaman politik yang beraneka, pun demikian, matlamat utama iaitu kemajuan dan pembangunan tidak seindah harapan.
Pengalaman menggunapakai pendekatan lama mengharapkan hasil yang berbeza tidak boleh diteruskan lagi.
Kerana pertimbangan itu para pemimpin dinamik dan progresif yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menggunapakai pendekatan parti lokal.
Asas menggunakan parti lokal sebagai platform/wadah kerana telah difikirkan bahawa harapan dan aspirasi rakyat boleh direalisasi.
Untuk mencapai hasrat itu maka ditubuhkan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang beranggotakan parti-parti tempatan.
Matlamat GRS untuk menghimpun satu suara mewakili Sabah dalam politik Persekutuan.
Para pemimpin GRS sangat sedar, dengan jumlah 25 kerusi parlimen daripada 222, ianya hanya sebagai pelengkap. Walaupun sebagai pelengkap akan tetapi menggambarkan perkongsian kuasa antara tiga wilayah.
Misi GRS tersebut akan tercapai apabila sokongan rakyat tidak berbelah bahagi.
Disedari, misi GRS tidak mudah dicapai, memandangkan masih adanya parti politik yang bermisi berbeza juga mahu sokongan rakyat.
Kerana masih terdapatnya misi parti-parti yang berbeza, maka rakyat kena teguh pendirian untuk melupakan kaedah lama yang terbukti gagal merealisasikan harapan dan aspirasi.
GRS mempunyai misi yang jelas, apabila menekankan Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited DEMI SAYANGI SABAH. Menerusi misi ini maka kestabilan politik dicapai, dan akan menghasilkan kemakmuran dan kesejahteraan pada rakyat dan negeri.
GRS tidak bermusuh dengan mana-mana parti atau pemimpin akan tetapi suka mengingatkan para pemimpin itu, era ini adalah untuk GRS, era parti-parti lain atau pemimpin parti-parti itu sudah berlalu.
Kepada para pemimpin parti-parti lain kena berani menerima hakikat peluang yang diberikan rakyat berdekad-dekad telah gagal. Mempengaruhi rakyat untuk menyokong membawa makna, masih ada hasrat membawa rakyat untuk tidak move-on.
Rakyat Sabah kena sedar apabila kerajaan diterajui parti lokal, maka sebarang keputusan untuk kepentingan rakyat dan negeri tidak perlu merujuk pada mana-mana pihak.
Banyak sungguh keputusan yang dibuat kerajaan negeri hari ini yang membawa kebaikan pada rakyat. Apa yang menarik pada keputusan itu adalah keputusan segera, tidak berliku-liku melainkan to the point, misalnya tindakan membasmi kemiskinan, bantuan pendidikan, pembangunan berorentasi rakyat dan sebagainya.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment