Home » Masih relevankah UMNO di Sabah?
Politik Sudut Pandangan

Masih relevankah UMNO di Sabah?

Umno pernah menjadi tulang belakang kerajaan Sabah bermula tahun 1994, dan kemudiannya berakhir pada PRU14, bersamaan dengan berakhirnya kuasa parti itu di negara ini.

BETUL Umno pernah menjadi tulang belakang kerajaan Sabah bermula tahun 1994, dan kemudiannya berakhir pada PRU14, bersamaan dengan berakhirnya kuasa parti itu di negara ini.

Sejak kehilangan kuasa, parti itu cuba bangkit semula menerusi berbagai pendekatan, namun gagal, walaupun masih menang beberapa kerusi.

Parti terbesar baik daripada segi keahlian dan juga jumlah kerusi sebelum hilang kuasa bertukar hanya sebagai parti pelengkap seperti mana parti-parti kecil lain.

Betul menerusi kerajaan Perpaduan Umno masih diberi pelaung termasuk melantik Presiden sebagai Timbalan Perdana Menteri sesuatu yang janggal pada parti itu sebelum ini.

Di Sabah parti itu mendapat talian hayat pada PRN16 Sabah, dan kemudiannya membentuk kerajaan GRS-BN, akan tetapi, elemen kerakusan pemimpin parti itu yang menjadi faktor penolak kepada parti itu, masih digunakan sebagai pendekatan untuk merebut kuasa, termasuk khianat pada kawan yang memberikan nyawa.

Nampaknya pemimpin parti itu masih tidak mahu bermuhasabah diri, bahawa kehilangan kuasa pada tahun 2018 kerana elemen kerakusan pemimpin parti itu.

Pada era ini, secara umumnya rakyat percaya bahawa parti itu tidak akan berubah, dan jika diberi peluang, maka erti peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit akan berlaku.

Kerana rakyat secara umum telah menganggap Umno adalah parti yang tidak dapat menunaikan harapan dan aspirasi mereka, kerana peluang berdekad-dekad yang telah diberikan ternyata hanya berbentuk harapan tinggal harapan.

Kerana sikap rakyat telah dibangunkan terhadap parti itu, ertinya sebarang kerjasama denganya dilihat lebih banyak mudarat berbanding kebaikan. Kerjasama dengan parti itu ibarat sokong membawa rebah. Fikir-Fikirkan

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .