Home » Hutan simpan kekal di Sabah meningkat 566.6 hektar
Berita Tempatan Politik

Hutan simpan kekal di Sabah meningkat 566.6 hektar

Sekitar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin.

KOTA KINABALU: Keluasan hutan simpan kekal di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 566.57 hektar iaitu mencecah 49 peratus daripada jumlah keluasan Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, pada 2020 jumlah keluasan hutan simpan kekal di Sabah meliputi 3,574,468.003 hektar.

Bagaimanapun katanya, pada masa kini, jumlah hutan simpan kekal melibatkan kawasan seluas 3,575,035.573 hektar.

“Negeri Sabah dengan keluasan lebih kurang 7.4 juta hektar adalah negeri kedua terbesar di Malaysia.

“Lebih kurang 63 peratus kawasan di negeri ini masih diliputi hutan,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Darell Leiking (WARISAN-Moyog) mengenai jumlah keluasan hutan simpan di Sabah dari 2020 hingga 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin.

Abidin berkata, daripada 63 peratus kawasan hutan di negeri ini, ia meliputi kawasan hutan simpan, Taman-Taman Sabah, sanktuari hidupan liar dan hutan tanah kerajaan.

— TAMAT