Home » Akhirnya UMNO Sabah sedar pentingnya tuntutan 40 peratus
Politik Sudut Pandangan

Akhirnya UMNO Sabah sedar pentingnya tuntutan 40 peratus

Semasa PRU15 dalam satu ceramah Pengerusi Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, menuduh mereka yang memperjuangkan MA63 adalah pemimpin tidak bijak, selain itu dikatakan apabila tuntutan 40 peratus dibayar oleh Persekutuan, negara boleh muflis.

Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah mencadangkan “round table” untuk membincangkan tuntutan 40 peratus hasil bersih kutipan Persekutuan daripada Sabah, merupakan satu tindakan difikirkan semula sebagai cubaan kerelevanan parti itu di Sabah.

Apa yang melucukan menerusi cadangan itu, Umno Sabah hendak lah dilantik sebagai sekretariat, kerana kononnya parti itu merupakan komponen terbesar dalam Kerajaan Persekutuan.

Sejak kewujudan Umno di Sabah pada tahun 1991, tiada rekod parti itu memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), apa tah lagi berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih, malah terlalu takut bercakap berkaitan minyak dan gas yang dikuasai Petronas.

Malah semasa PRU15 dalam satu ceramah Pengerusi Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, menuduh mereka yang memperjuangkan MA63 adalah pemimpin tidak bijak, selain itu dikatakan apabila tuntutan 40 peratus dibayar oleh Persekutuan, negara boleh muflis.

Di Sabah pada masa ini, rakyat memperhatikan parti mana yang menjadikan MA63 sebagai salah satu perjuangan, adalah parti yang perlu disokong.

Melihat pada kecenderungan rakyat itu, maka sebahagian parti mencontohi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang konsisten meletakkan MA63 sebagai perjuangan dan keutamaan.

Malah ada pemimpin parti tertentu mencuba “overtake” kesungguhan para pemimpin GRS, apabila bertindak lebih sudu daripada kuah, cuba menjadi juara.

Sejak ditubuhkannya GRS, semua pemimpin parti konsisten tanpa henti, seperti kata Datuk Seri Haji Masidi Manjun, selagi nyawa dikandung badan, akan terus memperjuangkan MA63 sehingga terealisasi sepenuhnya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News